Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan, sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.
Pengurusan
Kurikulum
Bidang kurikulum diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah.
Bidang kokurikulum diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah.
Pengurusan
Hal Ehwal Murid
Bidang hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah..
Pembelajaran & Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.